BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 13, 2011

Karangan Peribahasa 1 : Melentur Rebung Biarlah Dari Rebungnya.


Mak Ani mempunyai anak lelaki bernama Alif. Alif baru menjangkau usia 18 tahun. Semenjak suaminya meninggal dunia, kasih sayangnya kini dicurahkan sepenuhnya kepada anak tunggalnya. Semua permintaan Alif akan ditunaikan oleh Mak cik Ani.
Pada suatu hari, Alif meminta ibunya membelikannya sebuah motosikal. Alasannya ingin menolong ibunya menghantar barang-barang yang dipesan oleh pelanggan. Tanpa berfikir panjang, Mak Cik Ani memenuhi permintaan anaknya.
Sejak mendapat motosikal baharu, Alif sudah tidak betah tinggal di rumah. Alif lebih suka berpeleseran bersama-sama rakan-rakannya. Dia hanya pulang ke rumah apabila fajar menyingsing. Mak Cik Ani semakin risau terhadap apa yang terjadi.
Pada Suatu hari, Alif tidak pulang ke rumah seharian. Ibunya berasa gusar memikirkan pelbagai kemungkinan yang berlaku. Alif hanya pulang ke rumah dua hari kemudian.Alif memberikan pelbagai alasan bahawa motosikalnya rosak dan terpaksa tidur di rumah kawannya.Mak Cik Ani mempercayai alasan Alif itu.
Namun, apabila Alif semakin kerap tidak pulang ke rumah, Mak Cik Ani mengesyaki ada sesuatu yang disembunyikan Alif dari pengetahuannya.Alif sudah berani meninggikan suara dan melawan kata-kata ibunya apabila ditegur. Mak Cik Ani sangat kecewa akan perbuatan anaknya.
Pada suatu hari, dua anggota polis telah datang ke kedai runcitnya. Polis tersebut memaklumkan kepada Mak Cik Ani bahawa Alif telah ditahan di balai polis kerana menghisap dadah. Hancur luluh hati Mak Cik Ani mendengar perkhabaran itu. Kini barulah dia sedar akan kesilapannya selama ini kerana terlalu memenjakan Alif. Benarlah kata pepatah " melentur buluh biarlah dari rebungnya,"

0 comments: